Aktiviti cari niche bisnes online adalah langkah paling penting sebelum kau mula jual apa-apa kat internet.
Ramai orang semangat nak buat bisnes, tapi blur bila kena pilih niche – terus main hentam je ikut trend.
Bila tak jadi, give up dan assume bisnes ni tak sesuai untuk kau.
Jangan macam tu. Kau boleh je buat.
Most probably punca tak jadi sebab kau takde guide.
Don’t worry.
Sebab dalam artikel ni, aku akan tunjuk cara pilih niche niche bisnes yang betul.
Yang sesuai dengan minat kau, ada permintaan, dan boleh buat income dengan konsisten.
Kita akan go through step-by-step dari kenal target market, kaji masalah, sampai validate idea.
Aku cuba sehabis baik untuk sampaikan dalam bahasa yang mudah dan santai, supaya kau boleh terus apply.
Onz?
Kalau onz, jom kita mula!
Table of Contents
Apa Maksud ‘Niche’ Dalam Bisnes Online?
Ramai yang baru nak mula bisnes online, tapi masih keliru dengan istilah “niche”.
Jadi sebelum kita masuk lebih jauh, kau kena faham dulu apa sebenarnya maksud niche dalam konteks bisnes.
Definisi Ringkas Niche
Niche ni mudah je – ia adalah topik atau segmen market yang spesifik.

Kalau “market” tu umum, contoh macam “kesihatan”, kau sebenarnya boleh jadikan ia sebagai niche yang lebih spesifik.
Contohnya : “kesihatan untuk ibu lepas bersalin” atau “supplement untuk lelaki umur 40-an”.
Lagi niche sesuatu topik, lagi mudah untuk kau target audiens yang betul.
Contoh lain :
- Market besar : Fesyen
- Niche : Fesyen Muslimah minimalis
- Sub-niche : Tudung satin labuh untuk wanita bekerjaya
Niche vs Market Umum
Bila kau target market yang terlalu luas, risiko kau makin tinggi sebab :
- Banyak player level ‘jerung’
- Susah nak standout
- Susah nak buat content & marketing yang tepat
Tapi bila kau fokus pada niche, kau boleh :
- Faham audiens lebih mendalam
- Mudah raving fans
- Senang ‘adjust’ mesej marketing produk kau ikut keperluan sebenar pelanggan
Nak senang kau anggap je market umum ni umpama lautan yang luas. Dalam tu macam-macam ‘ikan’ ada.
Cuma kalau kau nak lebih standout, nampak lebih pakar, kau kene decide ‘ikan’ jenis apa yang kau nak tangkap.
Itu ada kadang orang bisnes atau marketer sebut tentang red ocean, blue ocean apa semua ni.

Okay bila kau jelas apa jenis ikan kau nak target, baru dari situ kau tahu apa jenis umpan nak pakai, lubuk ikan tu kat mana and so on.
Camtulah juga berniaga. Sama je konsepnya.
Ngerti?
Kenapa Penting Pilih Niche?
Antara sebab utama niche penting:
- Mudah buat content marketing – kau boleh fokus buat video, blog, post yang relevant untuk audiens tu je.
- Senang bina brand – orang akan kenal kau sebagai “orang yang pakar dalam topik tu”.
- Jimat kos marketing – sebab iklan boleh disasarkan lebih tepat.
Sekarang kau dah faham apa maksud niche dan kenapa penting sangat untuk fokus pada niche bisnes online online tertentu.

Tapi, masih ramai yang tersilap langkah sebab tak jelas niche apa yang diorang nak masuk.
Jom kita tengok kenapa ramai orang sangkut kat sini, dan apa kesilapan yang selalu dibuat.
Kenapa Ramai Gagal Dalam Bisnes Online?
Ramai orang yang mula bisnes online tersangkut kat tengah jalan, bukan sebab malas atau tak pandai – tapi sebab dari awal lagi tak jelas niche apa yang diorang nak fokus.
Bila niche tak jelas, semua benda jadi kabur.
Mesej marketing, jenis content, produk apa nak jual, sampai nak kenal siapa pelanggan pun tak tahu.
Masalah Niche Terlalu Umum
Kau mungkin pernah tengok orang jual produk “untuk semua orang”.
Tapi hakikatnya, bila kau cuba puaskan hati semua orang, kau tak puaskan hati sesiapa pun.

Contohnya : jual sabun kecantikan “untuk semua jenis kulit”.
Susah nak tarik perhatian sebab mesej tu terlalu umum.
Sebaliknya, kalau kau kata “sabun organik untuk kulit sensitif dan eczema” – baru jelas siapa yang kau nak bantu.
Lagi niche, lagi senang orang rasa produk tu relate dan memang untuk dia.
Susah Nak Buat Branding & Marketing
Kalau niche kau tak jelas, kau pun susah nak buat content, susah nak pilih warna brand, nak buat tagline pun buntu.
Akhirnya bisnes nampak ‘generic’, tak ada identiti.

Bila kau tahu siapa target market kau, kau boleh buat branding yang resonate terus dengan mereka – dari packaging, nama produk, sampai tone bahasa iklan.
Tak Faham Siapa Target Audience
Ini kesilapan paling besar. Ramai usahawan baru tak tahu siapa sebenarnya pelanggan mereka.
Tak buat customer research, tak tahu apa masalah yang pelanggan hadapi, dan tak tahu apa bahasa yang pelanggan guna bila cari solusi.

Contoh : Kalau kau jual produk ibu menyusu tapi copywriting kau macam nak jual kat bocah TikTok, memang takkan jalan.
Nak faham lebih lanjut pasal target audience dan cara kenal mereka dengan tepat?
Kita sambung ke langkah penting seterusnya.
Langkah #1 : Kenal Minat, Ilmu & Pengalaman Diri
Sebelum kau tengok market, pesaing atau trend, benda paling asas yang kau kena start dengan – diri kau sendiri.
Ramai orang skip part ni sebab terlalu fokus nak cepat dapat duit.
Tapi kalau kau pilih niche yang kau langsung tak minat, tak ada pengetahuan, atau tak boleh konsisten, kau akan cepat burn out.
Senaraikan Minat & Kemahiran
Ambil masa 15–30 minit untuk buat senarai :
- Apa benda yang kau suka buat?
- Topik apa yang kau boleh sembang berjam-jam tanpa bosan?
- Ilmu atau skill apa yang orang selalu tanya atau minta tolong dari kau?
Contoh : Kalau kau minat masak, ada kemahiran buat kek, dan ramai orang puji kek kau sedap — mungkin niche kau dalam food & baking.
Guna Ikigai Untuk Padankan Dengan Market
Model Ikigai dari Jepun ni bantu kau cari keseimbangan antara :

- Apa yang kau suka
- Apa yang kau bagus buat
- Apa yang dunia perlukan
- Apa yang orang sanggup bayar
Kalau niche kau boleh “tick” keempat-empat kotak ni, peluang untuk berjaya lebih tinggi.
Soalan-Soalan Bantu Kenal Kekuatan Diri
Untuk bantu kau lebih jelas, tanya diri:
- Kalau kau diberi RM100,000 untuk mula satu bisnes – topik apa kau pilih?
- Kalau semua bisnes di dunia gagal kecuali satu bidang – bidang apa yang kau nak selamatkan?
- Kalau hari ni kau kena buat live TikTok satu jam – topik apa kau yakin nak cakap tanpa skrip?
Bawah ni ada lagi soalan untuk bantu kau kenal kekuatan diri sendiri. Cuba jawab. Aku yakin berbaloi untuk growth hidup kau.

Soalan ni mungkin nampak simple, tapi sangat membantu untuk kau jumpa niche yang sesuai dan sustainable.
Dah kenal diri sendiri?
Bagus.
Sekarang jom kita kenal pula siapa yang kau nak bantu – target market kau.
Langkah #2 : Kenal Siapa Target Market Kau
Sekarang kau dah tahu apa minat dan kemahiran kau, next step adalah faham siapa yang kau nak bantu dengan bisnes kau.
Dalam bisnes, kita bukan jual produk semata-mata – kita selesaikan masalah orang.
Tapi untuk selesaikan masalah tu, kau kena tahu dulu siapa orang tu.
Bezakan Target Market vs Target Audience
Ramai orang buat silap bila fikir “semua orang boleh beli produk aku.”
Contoh : kau jual skincare dan kau cakap target audience kau ialah “semua yang ada kulit.” Tak masuk akal.
Target market = terlalu luas. General. Umum.
Target audience = spesifik dan jelas.

Contoh target audience yang bagus :
- Wanita bekerja umur 25–35 yang struggle dengan kulit breakout sebab stress kerja dan kurang tidur.
- Lelaki bujang umur 20-an yang minat bina badan tapi ada bajet rendah untuk supplement.
Buat “Customer Avatar”
Customer avatar ni adalah gambaran terperinci tentang pelanggan ideal kau.
Kau boleh bagi nama, umur, pekerjaan, gaya hidup, apa masalah dia, apa impian dia.

Contoh customer avatar:
Nama : Aina
Umur : 28 tahun
Status : Ibu bekerja
Masalah : Kulit breakout lepas bersalin, susah nak maintain skincare rutin
Impian : Nak nampak segar & yakin bila pergi kerja, tapi tak nak guna produk harsh
Lagi jelas avatar kau, lagi mudah kau nak hasilkan content, copywriting, dan produk yang mereka rasa “eh ni macam untuk aku je!”
Kenal Demografik & Psikografik
- Demografik = umur, jantina, lokasi, pekerjaan, pendapatan.
- Psikografik = gaya hidup, nilai hidup, minat, ketakutan, impian.
Contohnya : Dua orang wanita umur 30 tahun mungkin sangat berbeza – seorang suri rumah, seorang lagi atlet.
Produk yang sama takkan resonate dengan dua-dua kalau kau guna mesej yang general.

Bila kau dah jelas siapa kau nak bantu, baru senang nak tentukan niche yang betul-betul berbaloi.
Next, jom kita tengok kenapa penting untuk fokus pada masalah pelanggan, bukan sekadar produk.
Langkah #3 : Fokus pada Masalah, Bukan Produk
Ramai orang mulakan bisnes dengan soalan “aku nak jual apa?”.
Tapi sebenarnya, soalan yang lebih tepat ialah: “masalah apa yang aku boleh selesaikan?”

Bila kau fokus pada produk, kau cuma fikir dari sudut penjual.
Tapi bila kau fokus pada masalah, kau fikir dari sudut pelanggan – dan itu kunci untuk buat orang beli.
Cari ‘Pain Points’ Yang Orang Sanggup Bayar Untuk Selesai
Pain point ni maksudnya masalah yang menyakitkan – sampai orang sanggup keluarkan duit untuk selesaikan.

Contoh :
- Orang kurus yang dah cuba pelbagai cara nak naikkan berat badan tapi gagal — itu pain point.
- Ibu baru bersalin yang struggle nak hilangkan perut buncit — itu pun pain point.
- Student universiti yang nak jana duit part-time tanpa kacau study — pain point juga.
Kau kena cari pain point yang :
- Orang sedar mereka ada masalah tu
- Orang sanggup bayar untuk penyelesaian
- Kau ada kemampuan atau minat nak bantu
Teknik Gali Masalah Pelanggan
Antara cara mudah nak cari pain point:
- Google Auto Complete: Taip “macam mana nak…” atau “masalah…” dan tengok apa yang keluar.
- Forum & Facebook Group: Join group berkaitan niche dan tengok apa masalah yang sering dibincangkan.
- TikTok & YouTube Comments: Scroll ruangan komen video berkaitan dan baca soalan pengguna.
- Review Produk di Shopee/Lazada: Tengok apa pengguna suka dan tak suka.

Contoh : Kalau niche kau pasal parenting, cari komen ibu-ibu pasal breastfeeding, anak susah tidur, tantrum, dan sebagainya.
Contoh Niche Berdasarkan Masalah Pelanggan
Masalah : Tak tahu cara nak jaga kucing indoor.
Niche : Produk & content untuk pemilik kucing baru.
Masalah : Susah cari jubah nursing-friendly yang cantik.
Niche : Fesyen Muslimah untuk ibu menyusu.
Masalah : Pelajar universiti struggle belajar subjek akaun.
Niche: Tutor online untuk subjek akaun IPTA/IPTS.

Bila kau betul-betul faham masalah pelanggan, barulah senang nak cipta produk, tulis copywriting, dan hasilkan content yang ‘ngam’ dengan emosi mereka.
Sekarang, jom tengok cara nak pastikan niche yang kau pilih tu ada demand dan bukan angan-angan kosong.
Langkah #4 : Buat Research Pasaran (Market Demand)
Tak semua idea yang “nampak best” akan laku di pasaran.
Jadi, kau kena pastikan idea bisnes kau ada demand — maksudnya ada orang yang aktif cari, nak beli, dan dah memang ada duit untuk dibelanjakan dalam niche tu.
Guna Google Trends & Keyword Planner
Cara paling mudah nak semak trend:
- Google Trends : Type keyword berkaitan niche kau, contohnya “kek kahwin murah” atau “supplement tambah berat badan”. Tengok trend naik atau menurun.
- Keyword Planner / Ubersuggest : Tengok berapa banyak carian sebulan untuk keyword niche kau. Lagi tinggi carian, lagi besar potential market.

Tips:
- Cari keyword dengan 1,000+ carian sebulan.
- Bandingkan trend untuk beberapa keyword dalam niche yang sama.
Kaji Produk Laku Keras di Shopee, TikTok Shop, Lazada
Kau juga boleh tengok apa yang tengah laku kat marketplace:
- Shopee : Tengok kategori “Top Sales”, baca review dan feedback pelanggan.
- TikTok Shop : Scroll FYP, search keyword tertentu, tengok apa produk yang selalu keluar.
- Lazada : Check best-seller dalam niche tertentu (contoh: Home, Beauty, Fitness)

Kalau banyak seller offer benda sama, tu petanda ada permintaan.
Tapi jangan takut persaingan — nanti kita cover macam mana nak stand out.
Niche Evergreen vs Niche Bermusim
Ada dua jenis niche:
- Niche Evergreen – sentiasa ada permintaan sepanjang tahun. Contoh: kesihatan, pendidikan, kecantikan, kewangan.
- Niche Bermusim – laku pada waktu tertentu je. Contoh: produk raya, back-to-school, hadiah kahwin.
Kalau kau nak buat bisnes long-term, fokus pada niche evergreen.
Tapi kalau nak cuba buat duit pantas untuk musim tertentu pun boleh, asalkan kau tahu risikonya.

Dah tahu cara semak demand? Power.
Sekarang kita tengok pula siapa pesaing yang dah lama bertapak dalam niche tu – dan macam mana kau boleh bezakan bisnes kau dari diorang.
Jom masuk langkah #5.
Langkah #5 : Tengok Siapa Pesaing Dalam Niche Tu
Dalam mana-mana niche, mesti ada pesaing. Dan itu perkara baik sebenarnya – sebab bila ada persaingan, maksudnya ada permintaan.
Tapi kalau kau nak masuk niche tu dengan confident, kau kena tahu siapa pemain sedia ada, apa yang diorang buat, dan macam mana kau boleh jadi lain dari yang lain.
Cara Analisa Pesaing (Tools & Strategi)
Beberapa cara simple untuk stalk pesaing:
- Google Search: Taip keyword niche kau (contoh: “produk kecantikan kulit sensitif Malaysia”) dan tengok siapa yang ranking atas.
- Shopee/TikTok Shop: Search produk dalam niche kau, tengok seller yang paling banyak jual dan review.
- Instagram/TikTok: Cari influencer atau brand tempatan dalam niche tu, tengok content, engagement, dan gaya pemasaran.

Tanya diri:
- Apa USP (unique selling proposition) mereka?
- Apa yang followers suka dari mereka?
- Ada apa-apa yang kau rasa mereka tak cover?
Apa Yang Pesaing Buat Bagus, Dan Apa Yang Kau Boleh Improve
Contoh :
- Kalau pesaing guna packaging basic, kau boleh naik taraf dengan rekaan yang lebih profesional.
- Kalau mereka jual produk je tanpa content edukasi, kau boleh tambah value dengan buat video tutorial atau e-book percuma.
- Kalau servis mereka lambat, kau boleh tonjolkan servis pantas dan mudah.
Ingat : Kau tak perlu jadi yang pertama, tapi kau kena jadi yang berbeza dan lebih baik dalam sesuatu aspek.
Bina Unique Selling Proposition (USP) Sendiri
USP adalah sebab kenapa orang patut beli dari kau, bukan dari orang lain. USP ni bukan semestinya harga murah – tapi boleh jadi :
- Kau satu-satunya brand yang fokus pada golongan tertentu (contoh : skincare khas untuk lelaki aktif)
- Produk kau ada ciri unik yang susah cari kat tempat lain
- Kau ada experience sendiri dalam masalah yang pelanggan hadapi (kau relate dengan mereka)

Contoh USP:
“Minuman detox pertama di Malaysia khas untuk ibu menyusu – tanpa rasa pahit & selamat untuk baby”
Dah tahu siapa pesaing dan macam mana nak tackle kelemahan mereka? Bagus.
Tapi sebelum kau terus launch, kita masuk ke langkah paling penting: validasi niche kau – untuk elak buang masa dan duit.
Jom ke langkah #6.
Langkah #6 : Test Niche Tu Sebelum All-In
Ramai orang excited bila jumpa idea bisnes yang nampak power, terus invest ribu-ribu untuk beli barang, buat website, ambil stok.
Tapi bila launch, sales sendu. Kenapa?
Sebab tak validate dulu sama ada orang benar-benar nak dan sanggup bayar untuk produk atau servis tu.
Gunakan Konsep Minimum Viable Product (MVP)
MVP ni maksudnya versi asas produk atau servis yang cukup untuk test market. Tak perlu sempurna, cukup untuk dapat feedback awal dari pelanggan sebenar.

Contoh MVP:
- Jual 10 unit je dulu
- Guna packaging simple
- Launch dengan satu jenis produk dulu
Kalau orang beli, itu signal bagus untuk proceed dan scale.
Buat Pre-Order atau Landing Page Test
Dua cara simple untuk validate niche:
- Pre-order: Buka tempahan awal untuk tengok ada demand ke tak. Kau boleh guna Google Form, DM Instagram, atau website basic.
- Landing page: Buat satu page ringkas yang explain produk/servis, lepas tu suruh orang isi nama/email untuk “waiting list” atau klik butang “Saya Berminat”.

Kalau ramai respon atau isi form, itu tanda orang minat. Kalau senyap sunyi, kau kena tweak atau tukar niche.
Guna Feedback Awal untuk Refine Idea
Orang yang bagi feedback awal ni sangat berharga. Tanya mereka:
- Apa yang buat mereka nak beli?
- Apa yang kurang menarik?
- Apa benda yang buat mereka ragu-ragu?

Contoh : Kalau kau nak jual planner untuk student, tapi ramai komen harga tak sesuai dengan bajet pelajar – mungkin kau kena adjust harga, atau offer versi digital yang lebih murah.
Bila kau dah validate niche dan confirm ada permintaan, baru best nak fikir long-term.
Next kita masuk ke langkah #7.
Macam mana nak pilih niche yang boleh scale, bukan setakat buat duit sekali dua je.
Let’s go!
Langkah #7 : Pastikan Niche Tu Boleh ‘Scale’
Bila kau nak bina bisnes online yang kukuh, bukan cukup sekadar ada produk yang laku.
Kau kena fikir : boleh ke niche ni dikembangkan, dijadikan jenama, dan dijadikan income berterusan?
Kalau boleh, baru berbaloi kau all-in.
Ada Repeat Buyer Atau Tidak?
Tanya diri :
- Adakah produk/servis kau jenis “sekali beli lepas tu tak datang balik”?
- Atau pelanggan tu boleh jadi repeat buyer?

Contoh niche dengan repeat buyer :
- Supplement kesihatan → orang beli setiap bulan
- Produk penjagaan kulit → habis stok, beli lagi
- Digital content macam template, e-book → boleh upsell produk seterusnya
Kalau niche kau jenis one-off (contoh : hadiah kahwin custom), kau kena fikir cara untuk tambah produk pelengkap atau layanan follow-up untuk buat pelanggan datang balik.
Potensi Buat Produk Digital / Servis Tambahan
Kalau niche kau boleh dikembangkan ke :
- Kursus online
- E-book panduan
- Servis konsultasi
- Membership group atau komuniti
…itu tandanya niche tu boleh scale tanpa limit fizikal.
Ini sangat powerful, sebab kau boleh jana income pasif atau scalable dengan modal rendah.

Contoh:
Kalau kau jual skincare untuk kulit berminyak, kau boleh buat e-book “Routine Harian Untuk Kulit Berminyak” atau kelas grooming online.
Boleh Bina Personal Brand Dalam Niche Tu?
Satu lagi tanda niche tu power : kau boleh bina personal brand dalam niche tu.
Kau jadi “orang yang dikenali” dalam topik tu.
Bila dah ada trust, senang kau jual apa-apa – produk fizikal, digital, servis, affiliate sekalipun.

Tanda niche boleh dibina sebagai personal brand :
- Kau minat topik tu dan boleh buat content konsisten
- Ramai orang follow sebab ilmu, pengalaman atau gaya penyampaian kau
- Content kau bantu selesaikan masalah sebenar audiens
So, dah jelas pasal potensi growth dan scalability? Nice.
Sekarang kau mungkin tertanya, “Kalau semua tu aku dah faham, niche apa yang trending dan relevan untuk tahun ni?”
Jom kita tengok senarai idea niche bisnes online yang sesuai untuk 2025.
Senarai 20 Idea Niche Bisnes Online Untuk Tahun 2025
Aku susun niche ni ikut kategori – supaya kau boleh relate dengan minat dan kemampuan kau.
Setiap satu datang dengan potensi demand yang kuat, sesuai untuk market Malaysia, dan boleh dikembangkan jadi bisnes yang sustainable dan profitable.
Produk Digital
- Template resume untuk fresh grad – high demand bila musim graduasi.
- Planner digital untuk ibu bekerja – niche padat dan boleh scale.
- E-book resepi bajet harian – evergreen, sesuai untuk student/suri rumah.
- Course online basic Canva / TikTok Ads – skill hot untuk bisnes owner baru.
- Kelas bahasa (BM ke BI / BI ke BM) – boleh jalan fully online.

Kalau kau nak aku explain panjang pasal produk digital sebagai satu bisnes, boleh pergi sini nanti : Panduan Lengkap Buat Bisnes Produk Digital
Produk Fizikal
Produk kecantikan kulit sensitif lelaki – kurang pesaing tapi growing demand.
Snack sihat tanpa gula – sesuai untuk niche kesihatan & diet.
Pakaian Muslimah minimalis – fesyen evergreen, high repeat buyer.
Aksesori telefon unik – produk viral friendly, margin besar.
Mainan edukatif bayi & kanak-kanak – parents sanggup belanja.

Servis Freelance / Microservices
Copywriting untuk Shopee / TikTok – demand tinggi, especially owner baru.
Design packaging produk tempatan – niche yang underrated tapi stabil.
Voice over bahasa Melayu – sesuai untuk content creator, iklan.
Servis translate dokumen BM / BI – legal & akademik market.
Setting WhatsApp Business / Catalog – SME ramai perlukan ni.

Niche Mengikut Gaya Hidup / Target Market
Produk & content untuk ibu menyusu yang bekerja
Niche kucing indoor – dari makanan, grooming sampai info kesihatan
Produk untuk individu ADHD / neurodivergent – masih baru tapi berkembang
Gaya hidup minimalis – ebook, barang rumah, content idea
Persediaan kahwin bajet rendah – produk + servis + content = jackpot

Kau tak wajib pilih satu dari senarai ni, tapi boleh guna sebagai inspirasi.
Kalau rasa stuck, tanya diri : “niche mana satu aku boleh commit untuk at least 1–2 tahun akan datang?”
Sebab niche yang betul + konsisten = bisnes yang ada growth dalam pasaran.
Next, jom aku share kesilapan yang selalu orang buat masa pilih niche – supaya kau boleh elak awal-awal.
Kesilapan Biasa Bila Pilih Niche – Jangan Buat!
Walaupun niche tu nampak menarik, belum tentu sesuai untuk kau.
Ramai newbie terjebak dengan “nampak senang”, tapi bila mula buat, baru rasa pening.
So, elakkan kesilapan-kesilapan kat bawah ni.
Ikut Trend Membuta Tuli
Ramai orang terus terjun ke niche yang tengah viral tanpa fikir panjang.
Contoh : bila ramai orang jual biskut viral, dia pun nak jual. Tapi tak tanya soalan penting:
- Ada repeat buyer ke?
- Trend tu tahan berapa lama?
- Kau ada minat dan knowledge dalam niche tu?
Jangan ikut trend kalau kau tak tahu cara nak bertahan bila hype tu hilang.
Niche Terlalu Umum atau Terlalu Niche
Contoh niche terlalu umum:
- “Produk kesihatan”
- “Fesyen Muslimah”
- “Makanan”
Terlalu luas, susah nak bezakan dengan pesaing, dan marketing pun jadi kabur.
Contoh niche terlalu sempit :
- “Skincare khas untuk lelaki umur 32–33 tahun yang kerja malam dan suka hiking”
Kalau terlalu sempit, market kau terlalu kecil sampai susah nak scale.
Cari balance — niche yang cukup spesifik untuk standout, tapi cukup besar untuk grow.
Tak Buat Research Langsung
Ini paling ramai buat : pilih niche ikut suka hati, tanpa research keyword, pesaing, atau masalah pelanggan.
End up, habis masa dan duit buat benda yang orang tak cari pun.
Luangkan masa 1-2 minggu untuk research betul-betul – jauh lebih baik dari habiskan 6 bulan buat bisnes yang tak ada arah.
Sekarang kau dah tahu apa nak buat dan apa nak elak.
Tapi untuk bantu lebih jauh, aku nak share beberapa tools yang kau boleh guna secara percuma atau bajet rendah untuk bantu proses cari niche ni.
Jom kita tengok senarai tools & sumber berguna.
Tools & Sumber Berguna Untuk Cari Niche
Kalau kau rasa “pening la nak cari niche yang betul,” jangan risau.
Ada banyak tools yang boleh bantu kau dapat data sebenar, bukan sekadar main agak-agak.
Ni senarai yang aku sendiri guna dan recommend.
Google Trends
➡️ Fungsi: Tengok trend carian sesuatu keyword sepanjang tahun.

- Contoh: Kau nak tahu sama ada “kopi detox” trending atau dah menurun.
- Boleh compare beberapa keyword sekali gus.
- Sesuai untuk tengok minat ikut negara, negeri, dan waktu.
📍 Link: https://trends.google.com
Ubersuggest (oleh Neil Patel)
➡️ Fungsi: Research keyword + idea content + analisa SEO performance competitor.

- Masukkan keyword dan dia akan tunjuk volume carian, tahap persaingan dan related keyword.
- Sesuai untuk beginner sebab UI dia sangat simple.
- Ada versi percuma dengan limit harian.
📍 Link: https://neilpatel.com/ubersuggest/
AnswerThePublic
➡️ Fungsi: Cari soalan sebenar yang orang tanya kat Google.

- Kau taip satu keyword (contoh: “kurus”), dia bagi semua soalan macam “macam mana nak kurus cepat?”, “kurus tanpa bersenam?” dan sebagainya.
- Sangat bagus untuk cari pain point pelanggan.
📍 Link: https://answerthepublic.com
Exploding Topics
➡️ Fungsi: Cari niche atau topik baru yang sedang naik.

- Best kalau kau nak masuk niche yang tengah emerging tapi belum crowded.
- Guna AI untuk detect trend naik sebelum jadi mainstream.
📍 Link: https://explodingtopics.com
Marketplace & Sosial Media
Shopee & Lazada – cari produk laku keras, baca review pelanggan.
TikTok & Instagram – tengok apa jenis content dan produk yang viral dalam niche tertentu.
YouTube Comments – tempat goldmine untuk dapat feedback & idea niche.

Gunakan tools ni masa fasa research.
Bila kau dah ada data yang cukup, keputusan kau untuk pilih niche tu bukan lagi berdasarkan “rasa”, tapi bukti.
Dah sampai ke bahagian terakhir.
Jom wrap up semua yang kita belajar.
Kesimpulan : Jangan Tunggu Sempurna, Start Kecil Dulu
Kalau kau tunggu sampai rasa “betul-betul yakin” baru nak mula, kau mungkin takkan mula langsung.
Truth is, niche yang sempurna memang tak wujud – tapi niche yang “cukup bagus untuk mula” tu dah cukup untuk kau test market dan grow dari situ.
Apa yang penting sekarang:
- Kenal minat dan kelebihan diri
- Faham siapa pelanggan kau
- Fokus pada masalah, bukan produk
- Validate idea sebelum all-in
- Buat market research, bukan main agak
- Pilih niche yang ada potensi scale jangka panjang
Mulakan dengan simple.
Tak perlu ada 10 produk atau website power pun.
Cukup dengan satu produk MVP dan satu niche yang kau boleh commit.
Along the way, kau akan refine dan adjust ikut feedback market.
Yang penting, mula.
Nak lebih banyak tips real pasal bisnes online, niche research, dan ecommerce marketing?
👉 Follow aku kat X: @iamencikoren
📲 Join channel Telegram untuk idea & tutorial mingguan: t.me/encikorennotes