Zaman sekarang, makin ramai orang mula cari jalan nak tambah pendapatan dari rumah.
Sama ada sebab kos sara hidup makin tinggi, atau sebab nak keluar dari tekanan kerja 9-5 membuatkan idea buat duit online memang nampak menarik.
Tambahan lagi, hampir semua orang dekat Malaysia gunakan internet.
Data dari awal tahun 2025, Malaysia merekodkan 34.9 juta pengguna internet. Itu merangkumi hampir 97.7 peratus daripada jumlah penduduk.
Sumber : Data Reportal
Tapi persoalannya yang selalu bermain dalam fikiran orang baru nak start adalah :
“Kat mana nak mula?”
“Perlu modal ke?”
Jawapan aku? Tak semestinya.
Banyak cara yang kau boleh mula hari ni juga, tanpa keluar rumah, tanpa modal besar, dan paling best – tanpa perlukan skill teknikal gempak pun.
Dalam artikel ni, aku share 15 cara buat duit online yang memang relevan untuk tahun 2025, sesuai untuk newbie, dan proven boleh hasilkan income kalau kau buat dengan konsisten.
Kalau kau tengah kerja makan gaji, student, atau suri rumah yang nak mula slow-slow, artikel ni memang ditulis khas untuk kau.
Dah ready? Jom!
Table of Contents
1. Shopee & TikTok Affiliate

Apa Itu Affiliate Marketing?
Affiliate marketing ni sebenarnya konsep yang simple gila – kau promote produk orang lain, dan bila ada orang beli melalui link yang kau share, kau akan dapat komisen.

Tak payah pegang stok, tak payah layan customer, tak payah pos barang. Semuanya jalan secara automatik.
Konsep ni bukan benda baru, tapi sekarang makin ramai orang Malaysia mula nampak potensi dia, terutamanya dengan program Shopee Affiliate dan TikTok Affiliate.
Cara Mula Dengan Shopee Affiliate
Untuk Shopee, kau boleh daftar secara percuma je dekat Shopee Affiliates Programme. Lepas daftar :
- Login dashboard, pilih mana-mana produk yang kau nak promote.
- Klik “Generate Link” – itu link unik kau.
- Share kat media sosial, blog, TikTok, atau group WhatsApp.
- Bila ada orang beli melalui link tu, kau akan dapat komisen.

Biasanya komisen antara 2% – 10%, bergantung pada kategori produk.
Kalau barang RM100, dan komisen 5% – kau dapat RM5.
Nampak sikit kan? Tapi bayangkan kalau 100 orang beli? Kat situ dia punya snowball effect.

Cara Mula Dengan TikTok Affiliate
Untuk buat TikTok Affiliate, secara ringkasnya kau boleh daftar ikut step bawah ni.
- Login di seller.tiktok.com, daftar sebagai “Creator” dan isi maklumat akaun & bank.
- Cari produk yang ada komisen, klik “Add to Showcase” – produk akan muncul di profile TikTok kau (ikon beg).
- Buat video ringkas – tunjuk cara guna atau review jujur. Pastikan tag produk supaya viewer boleh terus beli dari link kau.
- Setiap jualan melalui video kau, akan jana komisen (5%–20%). Duit akan dibayar secara berkala ke akaun bank kau.

Tips : Guna produk viral, caption menarik, dan post konsisten. Muka tak perlu keluar pun, yang penting content menarik & trusted.
Ada satu panduan yang sangat bagus dan aku rekomen kalau kau serious. Aku sendiri follow untuk buat 5 angka sebulan.

Tips Untuk Dapat Komisen Pertama
Nak mula dapat hasil cepat, ni beberapa tips aku:
- Fokus niche : Contoh, kalau kau minat parenting, promote barang baby je. Kalau minat tech, promote gadget murah.
- Guna review ringkas : Buat video TikTok simple, “Barang TikTok bawah RM10 – #3 memang best!”
- Letak link kat bio & caption : Pastikan senang orang klik link affiliate kau.
- Konsisten : Jangan post sekali dua je. Kau perlu buat content secara konsisten baru nampak hasil.
Kau boleh mula dengan akaun TikTok baru khas untuk review produk dalam TikTok shop.
Tak perlu pun muka keluar – cukup dengan suara dan rakaman tangan tunjuk barang.
Ramai dah berjaya guna cara ni untuk dapat RM100 – RM500 pertama mereka dari Shopee & TikTok Affiliate je.
2. Jual Produk Digital
Kenapa Produk Digital Menarik?
Kalau kau jenis tak suka uruskan barang fizikal – produk digital adalah pilihan terbaik.
Kenapa?
- Kos rendah : Tak perlu modal besar. Kau cuma buat sekali, lepas tu boleh jual berkali-kali.
- Tak payah pos : Pembeli boleh terus download atau akses lepas bayar.
- Pendapatan pasif : Selagi ada orang beli, selagi tu duit masuk – walaupun masa tu kau tengah tidur.
Kau tengok income bawah ni aku buat hanya dari produk digital sahaja.

Produk digital ni fleksibel – sesuai untuk student, pekerja ofis, atau sesiapa yang ada ilmu atau skill yang boleh dipakejkan jadi digital product.
Contoh Produk Digital Yang Kau Boleh Jual
Berikut antara contoh produk digital yang senang untuk kau mula:
- Ebook – panduan resepi, parenting, bisnes, self-help, dsb.
- Template Canva – untuk resume, IG post, presentation.
- Planner & journal (PDF) – untuk self-care, habit tracker, goal setting.
- Notion template – untuk pelajar, usahawan, freelancer.
- Workbook atau cheat sheet – panduan cepat atau senarai semak.

Yang penting, buat sesuatu yang selesa dan dekat dengan kau. Kalau kau suka benda yang bantu kau organize life task, kau boleh buat planner.
Kalau kau pandai urus duit, buat ebook berkaitan kewangan atau template buat bajet.
Platform Jualan Terbaik
Berikut antara platform yang kau boleh guna untuk jual produk digital:
- Gumroad – sangat popular, free dan mudah setup.
- Etsy – sesuai kalau nak jual planner, template, atau produk digital yang cantik.
- Payhip – free juga, ada fungsi coupon & membership.
- OnPay – ada yang free, ada yang berbayar. Syarikat Malaysia dan mudah untuk pakai.
- Google Drive + WhatsApp/Telegram – cara manual pun boleh, sesuai kalau audience kau kat Malaysia.
Kalau kau baru mula, aku cadangkan guna Onpay dan Google Drive + Telegram. Buat produk, set harga, tulis ayat copywriting sikit, lepas tu promote kat media sosial.

Jangan tunggu produk “perfect” baru nak jual.
Kadang-kadang, produk simple macam “30 Idea Content IG Bisnes Kecil” pun orang sanggup bayar kalau kena dengan target audiens dia.
3. Buat Duit Dengan YouTube (Tanpa Tunjuk Muka)
Channel Idea Yang Tak Tunjuk Muka
Ramai rasa tak yakin nak mula YouTube sebab malu nak tunjuk muka atau rasa suara sendiri tak sedap.
Tapi realitinya – berlambak channel berjaya tanpa tunjuk muka langsung. Kau hanya perlukan idea yang evergreen dan cara persembahan yang konsisten.

Contoh niche yang sesuai:
- Video motivasi atau self-help (guna suara latar)
- Kompilasi fakta menarik (top 10, sejarah, misteri)
- Tutorial simple – contohnya Excel, Canva, AI tools
- Lo-fi music + animasi ringkas (passive income dari ads)
- Cerita pendek seram / kisah benar
Yang penting – content berkualiti & thumbnail menarik. Muka tak penting pun kalau info atau gaya editing kau menarik.
Tool AI Untuk Buat Video Pantas Tapi Power
Sekarang ni lagi mudah sebab banyak tool AI boleh bantu buat content walaupun kau zero skill editing :

- Pictory.ai – tukar teks jadi video automatik (ada free trial)
- ChatGPT + ElevenLabs – hasilkan skrip + suara latar realistik
- Canva video editor – untuk edit video mudah dengan template
- CapCut PC / Mobile – sesuai untuk edit cepat & siap dengan subtitle auto
Contohnya : kau ambil topik “5 habit orang berjaya”, tulis skrip dengan ChatGPT, suara latar dari ElevenLabs, video dibuat kat Pictory, edit sikit kat CapCut – siap!
Cara Monetize YouTube Channel
Lepas channel kau ada 1,000 subscribers dan 4,000 jam tontonan, kau boleh join YouTube Partner Program untuk jana duit dari iklan (AdSense).

Tapi sebelum capai tahap tu pun, kau boleh mula monetize guna:
- Affiliate marketing (letak link dalam description)
- Jual produk digital sendiri
- Promote service freelance kau
Jangan fikir kena tunggu viral baru mula.
Kau kena mula dengan konsisten, optimize tajuk & description, dan belajar dari analytics channel sendiri.
Lagi satu, niche video tanpa muka ni biasanya lebih low competition dan senang nak scale bila kau dah jumpa format video yang menjadi.
4. Jadi Ghostwriter atau Content Writer Freelance
Platform Untuk Cari Klien
Kalau kau jenis suka menulis, suka susun ayat, dan tak kisah kerja di belakang tabir – jadi ghostwriter memang lubuk duit yang ramai belum teroka.
Sebagai ghostwriter, kau tulis artikel, ebook, caption media sosial atau email marketing untuk klien – tapi nama kau tak keluar.
Biasanya dibayar ikut projek atau ikut jumlah patah perkataan.

Tempat untuk mula cari klien:
- Fiverr – sesuai untuk beginner, buat gig simple macam “Saya akan tulis artikel blog 1000 patah perkataan.”
- Upwork – lebih kompetitif, tapi bayaran tinggi bila kau dah ada reputasi.
- Telegram Channel – cari group khas macam “Writer Malaysia”, “Kerja Freelance”, atau follow akaun founder yang selalu cari penulis.
- LinkedIn – update profil sebagai freelance content writer, dan post konten sendiri. Ramai founder yang cari penulis kat sini.
Berapa Rate Biasa?
Rate ni sangat fleksibel, tapi berikut anggaran pasaran Malaysia:
- Artikel 1000 patah perkataan: RM50 – RM300 (bergantung pada topik dan pengalaman)
- Ebook 20 muka surat: RM500 – RM2,000
- Caption media sosial (10 posting): RM100 – RM300
Kalau kau pandai niche tertentu (contoh : kewangan, bisnes, parenting), rate kau boleh jadi lebih tinggi sebab lebih spesifik dan bernilai.
Skill Asas Yang Perlu Ada
Jangan risau kalau kau bukan penulis pro. Kau cuma perlu kuasai beberapa benda asas:
- Tahu tulis ayat ringkas & jelas
- Faham struktur artikel – intro, isi, penutup
- Tahu guna tool grammar check macam Grammarly
- Pandai ikut tone & gaya brand klien
Kalau nak lebih advance, belajar sikit pasal SEO dan copywriting.
Tapi yang paling penting : practice menulis hari-hari, walaupun sekadar blog sendiri atau status media sosial.
Lagi kau menulis, lagi laju dan natural skill tu berkembang.
5. Bisnes Dropship
Apa Itu Dropship
Dropship ni model bisnes yang paling senang untuk orang yang baru mula – sebab kau tak perlu simpan stok, tak perlu pos barang, dan tak keluar modal besar.
Cara dia mudah:
- Kau cari supplier yang sedia dropship.
- Kau promote produk tu kat media sosial, Shopee, atau WhatsApp.
- Bila ada orang beli, kau ambil bayaran dari customer, dan bayar supplier harga kos.
- Supplier akan terus pos barang tu kepada customer atas nama kau.

Bezanya dengan affiliate – margin untung lebih tinggi, sebab kau boleh mark-up harga sendiri.
Platform Terbaik Buat Bisnes Dropship
Kalau kau nak dropship produk fizikal di Malaysia, ni beberapa platform & supplier yang boleh kau cuba:
- Shopee – banyak seller benarkan dropship (cari dalam description “Dropship Welcome”).
- Kumoten – marketplace khas untuk dropship, ada ribuan produk.
- Shopify / EasyStore – untuk setup kedai online sendiri + sync produk dropship.
- EasyParcel + local supplier – kalau nak dropship produk sendiri dari rumah, gunakan courier auto-booking.

Contoh niche produk dropship popular :
- Produk kecantikan (serum, skincare, lipmatte)
- Barang rumah (mop, rak dapur, diffuser)
- Produk bayi & kanak-kanak
- Gadget murah (ring light, phone holder)
Tapi sebenarnya kalau kau betul nak berjaya buat dropship, kau kene develop satu brand dan bina sekali website e-commerce kau sendiri.

Lagi mudah orang nak percaya dan membeli dari kau. Dan kau akan lebih stand out dalam market.
Tips Elak Tersalah Supplier
Sebab bisnes dropship ni bergantung penuh pada supplier, kau kena hati-hati sikit :
- Order dulu 1 barang untuk test quality & servis.
- Elakkan supplier yang tak ada tracking, atau ambil masa lebih 3 hari untuk pos.
- Pilih supplier local (dalam Malaysia) supaya shipping laju.
- Simpan rekod komunikasi & resit, in case customer ada isu.
Lagi satu, jangan bergantung pada satu platform je.
Cuba bina brand sendiri dan platform sendiri. Kumpul database customer supaya bisnes kau tahan lama – bukan bergantung pada Shopee semata-mata.
6. Buat Duit Dengan Canva
Jual Poster, Resume, IG Template
Kalau kau belum pernah guna Canva – serius, rugi. Canva ni macam Photoshop versi mesra beginner.
Semua drag & drop je, banyak template sedia ada, dan boleh design apa saja walaupun kau “zero” skill grafik.

Ramai orang guna Canva untuk buat :
- Resume profesional
- IG story template untuk bisnes
- Poster promosi
- Kad kahwin digital
- Planner harian atau bulanan
- Presentation slide
Yang best – semua ni kau boleh jual semula sebagai digital product atau offer sebagai servis design.
Contoh : buat pakej 10 IG post template khas untuk bisnes tudung, dan jual dengan harga RM25. Kalau 10 orang beli, dah RM250 tanpa perlu buat design baru!
Cara Jual Di Etsy atau Instagram
Bila dah ada design atau template, ada 2 cara untuk kau jana income :
- Jual sebagai produk digital
- Guna Etsy untuk market global.
- Guna Instagram + WhatsApp/Telegram untuk market Malaysia.
- Gunakan Shopify atau OnPay untuk setup sistem automatik – orang bayar, terus dapat link download.
- Tawarkan servis design
- Promote di IG, TikTok, atau Telegram channel.
- Buat pakej design ikut niche (contoh: branding untuk food business).
- Letak harga ikut jumlah design, revisi dan masa siap.

Nak tarik minat orang, tunjuk contoh hasil design dalam bentuk mockup yang cantik – Canva sendiri ada template mockup percuma.
Tool Auto-Design Untuk Memudahkan Kerja
Kalau kau nak jimat masa, boleh guna feature “Magic Design” dalam Canva. Masukkan teks dan gambar – Canva akan auto hasilkan layout cantik.
Untuk hasil yang lebih “wow”, kau boleh cuba :
- Guna Canva Pro (ada free trial 30 hari – guna sepenuhnya)
- Simpan template & duplicate untuk edit cepat
- Combine dengan tool AI seperti ChatGPT untuk hasilkan idea & copywriting

Dengan Canva, bukan je kau boleh buat duit – tapi kau juga boleh bina skill design yang berguna dalam apa-apa bisnes digital.
Lagi kau guna, lagi power mata kau untuk design yang clean & engaging.
7. Jual Gambar / Stock Photo
Platform Popular (Shutterstock, Adobe Stock)
Kalau kau jenis suka ambil gambar – tak kisahlah guna kamera DSLR atau telefon je – kau sebenarnya ada peluang untuk buat duit dari hobi tu.
Ada banyak website stock photo yang bayar kau setiap kali gambar kau dimuat turun, antaranya:
- Shutterstock
- Adobe Stock
- Dreamstime
- EyeEm
- 123RF (popular di Asia)
Kau hanya perlu daftar sebagai contributor, upload gambar, isi keyword yang tepat, dan tunggu download masuk.

Tak semestinya kena gambar “high-end” je.
Gambar makanan, suasana rumah, tangan pegang telefon, orang bekerja – semua tu ada permintaan kalau kualiti okay dan angle menarik.
Niche Gambar Yang Senang Laku
Berikut beberapa niche gambar yang sentiasa dicari oleh designer, blogger, dan brand :
- Lifestyle harian : orang guna laptop, baca buku, masak, anak belajar
- Makanan : kuih Melayu, makanan hipster, minuman viral
- Office & remote work : suasana kerja dari rumah, workspace
- Self-care & wellness : journaling, kopi, suasana cozy
- Perayaan & budaya : raya, puasa, kenduri, adat Melayu

Kalau gambar kau ada elemen tempatan (contohnya makanan Malaysia, budaya Melayu), kau ada kelebihan sebab tak ramai contributor luar negara boleh hasilkan benda tu.
Tips Naikkan View & Download
- Upload secara konsisten : minimum 10 gambar seminggu
- Gunakan keyword yang tepat : fikir macam mana orang akan cari gambar tu
- Ambil gambar dalam pelbagai orientasi : landscape & portrait
- Edit basic untuk terang & tajamkan imej : guna Lightroom Mobile (free)
Lagi banyak gambar berkualiti kau upload, lagi besar peluang untuk income masuk setiap bulan.
Ada contributor yang buat USD100–USD500 sebulan secara pasif lepas konsisten beberapa bulan.
Jadi, jangan simpan gambar dalam phone je. Convert jadi duit!
8. Buat Duit Dengan Blog (Macam Aku Buat)
Cara Jana Duit Dengan Blog – Ads, Affiliate, Sponsored
Ramai sangka blog dah “mati”. Tapi sebenarnya, blog masih power – especially kalau kau tahu cara monetize dengan betul.

Berikut beberapa cara utama blogger buat duit :
- Ads (Display Ads)
- Guna platform macam Google AdSense, Ezoic, atau Mediavine (untuk trafik tinggi)
- Lagi ramai orang baca blog kau, lagi tinggi potensi income
- Affiliate Marketing
- Letak link affiliate dalam artikel (contohnya Shopee, Involve Asia, Amazon)
- Bila orang beli melalui link tu, kau dapat komisen
- Sponsored Post
- Brand bayar kau untuk review produk atau tulis artikel pasal servis mereka
- Jual Produk Sendiri
- Contoh: ebook, template, servis menulis atau coaching
Blog ialah aset jangka panjang – sekali kau tulis artikel yang rank di Google, ia boleh tarik trafik bertahun-tahun.
Berapa Kos Setup Blog Sendiri?
Kos permulaan untuk blog sangat rendah :
- Domain (nama blog): RM30 – RM50 setahun
- Hosting: RM100 – RM300 setahun (contoh : Hostinger)
- Platform: WordPress (percuma)
Kalau kau guna template percuma dan buat sendiri setup awal, kos total bawah RM200 pun dah boleh jalan.
Tiga benda ni kau boleh daftar dan buat dekat Hostinger. Aku pun run blog dan website aku pakai service diorang.

Try la buat. Cuma awal ni banyak kerja sebab kene develop blog dan tulis konten.
Kalau kau konsisten dan disiplin, dia boleh jadikan kau almost passive income yang hasilnya boleh jadi ratusan atau ribuan ringgit.
Berapa Potensi Income?
Berikut anggaran kasar (boleh berubah ikut trafik & niche):
- Blog baru (3–6 bulan): RM0 – RM200 sebulan (affiliate atau produk digital kecil)
- Blog stabil (6–12 bulan): RM200 – RM1,000+ sebulan (campuran ads + affiliate)
- Blog matang (1 tahun ke atas): RM1,000 – RM10,000+ sebulan (ads, affiliate, produk sendiri, sponsor)
Yang penting, fokus pada niche yang orang cari (contoh: buat duit online, parenting, kewangan, bisnes kecil).

Dan jangan buat blog syok sendiri – pastikan setiap artikel bantu selesaikan masalah pembaca.
Blog bukan jalan kaya cepat, tapi kalau kau konsisten – memang berbaloi. Aku sendiri dapat trafik, follower baru, dan client dari blog aku ni. Memang win-win.
9. Online Tutor atau Mengajar Skill
Platform Yang Boleh Digunakan
Kalau kau ada skill tertentu – contohnya pandai guna Excel, fasih bahasa Inggeris, atau tahu asas coding – kau boleh buat duit dengan jadi tutor online.
Tak perlu tunggu jadi cikgu bertauliah pun. Asalkan kau boleh bantu orang faham dan improve dalam sesuatu topik, ada je orang sanggup bayar.

Platform yang kau boleh guna:
- Zoom / Google Meet – untuk kelas live 1-to-1 atau berkumpulan
- Telegram / WhatsApp Group – untuk support lepas kelas
- Google Classroom / Notion – untuk simpan nota & rekod pelajar
Kalau tak nak buat kelas live, kau boleh rakam dulu dan jual sebagai video kursus mini.
Cara Buat Modul & Offer
Untuk mula, kau tak perlu modul fancy pun. Cukup dengan :
- Slide ringkas (guna Canva atau Google Slides)
- Worksheet atau latihan praktikal (Google Docs)
- Contoh soalan & cara penyelesaian
Contoh : Kalau kau nak ajar Excel untuk beginner – buat kelas 2 jam ajar formula asas, cara buat laporan, dan tips shortcut. Kemudian, offer support 1 minggu lepas kelas.

Untuk yuran kau ikut je gambar macam atas ni untuk bantu kau letakkan pricing.
Lepas tu just buat je satu Google Form untuk pendaftaran, dan guna payment gateway macam Billplz, SenangPay, atau ToyyibPay untuk kutip bayaran.
Nak nampak lebih professional dan teratur boleh guna OnPay atau Shopify.
Skill Popular Yang Ramai Cari
Kalau kau tak pasti nak ajar apa, ni antara topik paling banyak permintaan sekarang:
- Bahasa Inggeris untuk budak sekolah atau kerja
- Microsoft Excel / PowerPoint
- Canva untuk bisnes kecil
- Matematik sekolah rendah/menengah
- Asas bisnes online
- Bina website sendiri (WordPress)
Yang penting, ajar sesuatu yang kau memang yakin & selesa, dan mulakan dengan harga rendah untuk bina testimoni.

Bila dah ada bukti result pelajar, barulah naikkan harga dan scale ke kelas besar atau jual course.
10. Buat Duit Dari Email Newsletter
Platform Free (Substack, Beehiiv)
Email newsletter bukan lagi sekadar “email promosi.”
Sekarang, ia jadi satu platform buat duit yang makin ramai creator guna, termasuk dari Malaysia.

Kau tulis kandungan menarik secara berkala, kumpul subscriber, dan boleh monetize ikut macam-macam cara.
Platform yang mudah dan percuma untuk mula:
- Substack – senang setup, ada fungsi “free & paid newsletter”
- Beehiiv – interface professional, sesuai untuk yang nak build brand
- MailerLite / ConvertKit (free plan) – bagus kalau nak automasi email dan bina funnel
Substack paling sesuai untuk permulaan sebab senang digunakan macam tulis blog je – cuma dihantar melalui email.
Apa Nak Tulis Dalam Newsletter?
Newsletter kau mesti ada value. Maksudnya, jangan hantar semata-mata nak jual barang – bagi isi yang buat orang rasa “berbaloi” buka dan baca.

Contoh niche dan idea kandungan :
- Tips bisnes kecil: 1 tips seminggu yang boleh terus apply
- Motivasi dan self-development: kisah inspirasi + action step
- Review tool / platform: cadangan tool untuk usahawan
- Rangkuman mingguan: highlight artikel menarik, berita, peluang freelance
Contoh nama newsletter : “Nota Bisnes Pagi Jumaat” atau “Surat Daripada Encik Oren” – bunyi santai dan dekat dengan pembaca.
Cara Dapat Subscriber & Monetize
Nak dapat subscriber pertama:
- Promote dekat X (Twitter), IG, TikTok
- Letak link signup dalam bio media sosial
- Buat freebie (contoh: “7 Template Caption IG” atau “Checklist Mula Shopee Affiliate”) dan beri sebagai hadiah bila orang subscribe

Cara monetize:
- Affiliate link dalam email – bila orang beli, kau dapat komisen
- Newsletter berbayar – RM10–RM30/bulan untuk konten eksklusif
- Promosi produk sendiri – jual ebook, kursus, coaching
- Sponsor / iklan – bila subscriber dah ramai, brand akan bayar untuk letak iklan dalam newsletter kau
Ramai creator global jana USD500–USD5000 sebulan hanya dari newsletter.
Kalau kau konsisten, ini boleh jadi sumber income pasif yang sangat stabil – dan kau pegang 100% audience (tak bergantung pada algorithm media sosial).
11. Virtual Assistant (VA)
Tugas Seorang VA
Virtual Assistant (VA) ni ibarat pembantu peribadi – tapi bekerja secara online.
Ramai founder, usahawan kecil, dan freelancer yang tak sempat urus semua benda sendiri, jadi mereka upah VA untuk bantu.

Tugas VA bergantung kepada keperluan klien, tapi antara tugas biasa:
- Urus email dan jadual meeting
- Update media sosial (post, respond DM)
- Buat basic design (guna Canva)
- Edit dokumen, data entry
- Urus website atau e-commerce store (upload produk, kemas kini harga)
Kau tak perlu tahu semua benda pun. Kalau kau mahir satu atau dua tugas je pun dah cukup untuk mula.
Siapa Yang Perlukan VA?
Target utama yang selalu cari VA:
- Usahawan online – especially yang jual produk digital/fizikal
- Coach / trainer – perlukan bantuan urus admin
- Blogger & content creator – untuk bantu repurpose content
- Syarikat kecil / startup – perlukan pembantu tapi belum mampu ambil staff tetap
Ramai founder Malaysia prefer cari VA dari Malaysia sebab komunikasi lebih senang, dan faham budaya kerja tempatan.
Cara Pitch Diri & Dapat Klien
Untuk mula, kau boleh:
- Bina portfolio ringkas – senaraikan apa servis yang kau tawarkan, siap dengan contoh kerja (boleh guna Google Docs / Notion).
- Promote diri di X (Twitter), LinkedIn, Telegram Channel – tulis thread atau post tentang servis kau.
- Join group freelance / VA – banyak group Facebook & Telegram khas untuk job posting.
- Buat tawaran “first client discount” – bagi diskaun atau kerja percubaan murah untuk bina testimoni awal.

Kadar upah bergantung pada tugas dan waktu kerja. Tapi secara kasar:
- VA part-time: RM10–RM25 sejam
- VA full-time: RM800 – RM2,000 sebulan
Bila dah ada 2–3 klien tetap, kau boleh jadikan ini sebagai kerjaya penuh. Ramai VA Malaysia yang buat RM3k–RM5k sebulan hanya dari rumah.
12. Translate Dokumen / Subtitle Video
Platform Freelance Untuk Translator
Kalau kau fasih lebih dari satu bahasa – contohnya BM dan English – kau dah ada kelebihan untuk buat duit sebagai freelance translator.
Tak perlu ada sijil rasmi pun, asalkan hasil terjemahan kau jelas dan tepat.

Kerja penterjemahan ni ada macam-macam jenis :
- Terjemah artikel blog
- Subtitle untuk video YouTube atau TikTok
- Manual produk atau dokumen korporat
- Ebook atau nota pelajar
Platform yang kau boleh mula cari kerja:
- Fiverr & Upwork – buat gig “Saya akan terjemah English ke BM”
- TranslatorsCafe / ProZ – khas untuk job translation
- Telegram Channel – join group “Freelance Malaysia” / “Job Terjemahan”
- Group Facebook – cari “Freelance Translator Malaysia”
Bahasa Yang Banyak Permintaan (BM-English)
Permintaan paling tinggi biasanya:
- English ↔ Bahasa Melayu
- English ↔ Mandarin (jika kau tahu Mandarin, lagi besar peluang)
- Subtitle BM untuk video content lokal (TikTok, IG Reels, YouTube)
Ramai content creator nak reach audiens lebih luas, jadi mereka cari orang untuk buat subtitle atau translate skrip video mereka.
Contoh : Translate video YouTube berdurasi 10 minit = RM50 – RM150, bergantung kepada niche & jumlah perkataan.
Tips Untuk Nampak Professional
Nak naikkan keyakinan klien dan bezakan diri dari crowd biasa:
- Simpan sample kerja (Google Docs atau PDF) – tunjukkan sebelum & selepas
- Gunakan Google Translate hanya untuk rujukan, bukan untuk copy-paste bulat-bulat
- Guna Grammarly / LanguageTool untuk semak ejaan & struktur ayat
- Bila perlu, edit gaya bahasa supaya lebih natural & sesuai konteks

Kalau kau ada minat dalam penulisan dan suka “bermain dengan bahasa,” servis penterjemahan boleh jadi jalan buat duit online yang stabil – terutama kalau kau bina reputasi sebagai translator yang cepat, tepat, dan senang berurusan.
13. Review Produk Di TikTok / Blog
Cara Dapat Barang Free Untuk Review
Kalau kau suka cuba barang baru – sama ada skincare, makanan, gadget, atau barang Shopee – kau boleh buat duit (dan dapat barang percuma) dengan jadi product reviewer.
Brand suka hantar produk kepada content creator untuk review sebab ia lebih trusted daripada iklan biasa.

Walaupun kau belum ada follower ramai, kau masih boleh mula dengan:
- Shopee & TikTok Affiliate – beli barang murah, review dengan jujur
- Email brand kecil / lokal – offer untuk review secara percuma (untuk mula bina portfolio)
- Join platform influencer micro – contohnya: SushiVid, Nuffnang, Partipost
Contoh ayat DM/email:
“Hi, saya content creator fokus review produk lifestyle dan bisnes kecil. Kalau team nak hantar produk untuk saya cuba & review di TikTok/IG/Blog, boleh hubungi saya ya 😊”
Monetize Guna Affiliate Link
Setiap kali kau review sesuatu produk, letakkan link affiliate dalam caption, description YouTube, atau bio Instagram. Bila orang beli melalui link tu – kau dapat komisen.
Contoh:
- Review serum muka → letak link Shopee affiliate
- Review planner atau ebook → letak link Gumroad
- Review tool Canva / AI → letak link affiliate Canva Pro atau Jasper

Ramai yang buat video simple TikTok: “Barang Shopee yang buat hidup aku senang #Part6” – dapat puluhan ribu views dan komisen ratusan ringgit walaupun channel masih baru.
Yang penting : review dengan jujur, tunjuk kelebihan dan kekurangan, dan bagi reason kenapa orang patut cuba produk tu.
Niche Yang Sesuai Untuk Beginner
Nak mudah grow dan bina audience yang engaged, pilih niche yang kau minat dan ada demand tinggi :
- Produk Shopee bawah RM10
- Skincare & self-care
- Tech & gadget murah
- Alat bantu belajar atau kerja
- Produk digital / tool AI
Makin kerap kau review, makin banyak idea content kau boleh recycle.
Bila follower dah stabil, brand akan mula approach untuk sponsor video, collab content, atau hantar produk percuma tanpa minta.
Kau bukan je dapat income – tapi juga peluang bina personal brand sebagai reviewer yang trusted.
14. Jual Course atau Coaching Sendiri
Mula Dengan Mini Course
Kalau kau ada skill tertentu – sama ada dalam bisnes, design, Canva, menulis, atau buat content – kau boleh “duplicate diri kau” dengan buat mini course.
Tak perlu tunggu jadi pakar tahap dewa – cukup kalau kau boleh bantu orang selesaikan masalah mereka lebih cepat dari mereka belajar sendiri.

Untuk permulaan, kau boleh hasilkan :
- Video rakaman (pakai Zoom, OBS atau rakam pakai phone pun boleh)
- Slide presentation
- Worksheet / nota tambahan
- Simpan dalam Google Drive atau upload ke Gumroad
Contoh : Mini course “Cara Setup Shopee Affiliate dari A-Z” – 3 video pendek + 1 PDF checklist. Kau boleh jual RM39 – RM99, bergantung pada depth dan niche.
Platform Course Hosting
Kalau kau nak nampak lebih professional dan automate sistem pembelian + access pelajar, boleh guna platform khas macam:
- Systeme.io – percuma untuk permulaan, lengkap dengan landing page + email
- Teachable / Thinkific – mudah digunakan, ada fungsi kuiz & track progress
- Gumroad / Payhip – sesuai kalau jual digital product dan mini course

Atau, kalau target kau audience Malaysia, ada yang guna Telegram Group + Google Drive sebagai sistem course. Simple tapi berkesan.
Tips Bina Trust Sebelum Jual (H3)
Orang takkan terus beli dari kau kalau tak kenal, tak percaya, atau tak nampak value. Jadi, sebelum kau jual course:
- Kongsi ilmu secara konsisten di media sosial – TikTok, X, Instagram
- Bagi preview atau freebie – contoh: 1 video percuma, atau PDF checklist
- Kumpul testimoni pelajar awal – tawarkan beta access dengan harga murah
- Bangunkan personal branding kau – jadi orang yang dipercayai dalam niche tu
Bila kau dah ada mini course pertama, kau boleh upgrade ke coaching 1-to-1 atau group coaching. Lagi personal, lagi tinggi nilai, dan lagi mahal boleh charge.
Contoh harga:
- Mini course rakaman: RM49 – RM149
- Coaching 1-to-1 (1 jam): RM100 – RM300
- Group coaching (4 minggu): RM199 – RM999
Kalau kau betul-betul nak bantu orang lain grow sambil bina income kau sendiri – ni antara cara paling powerful. Ilmu kau jadi aset.
15. Buat Duit Dengan AI Tool
Contoh Servis AI : Resume Writing, Logo Design, Content Idea
AI tools macam ChatGPT, Midjourney, Jasper, Canva AI, Notion AI – semua ni dah ubah cara kerja online. Kalau kau tahu cara guna dan combine tools ni dengan kreativiti, kau boleh jual servis atau hasilkan produk digital automatik.

Antara servis yang kau boleh offer guna AI:
- Resume / CV writing – tanya detail client, guna ChatGPT untuk generate content
- Content idea & caption – untuk usahawan kecil, TikTok/IG content
- Business plan ringkas – banyak founder baru nak buat pitch
- Design logo dengan Midjourney – prompt + ubahsuai di Canva
- Poster atau visual inspirasi – quote + design AI art
Yang penting, kau tak jual AI tool, tapi kau jual hasil & masa yang AI bantu jimat.
Platform Jual Servis AI
Untuk mula, kau boleh offer servis ni di:
- Fiverr / Upwork – buat gig seperti “I will write your resume using AI”
- Twitter / IG – promote contoh kerja + testimoni
- Telegram Channel / Group Freelance – ramai cari servis pantas & bajet
- Gumroad – jual template, prompt bank, atau mini product hasil AI

Contoh produk digital AI:
- 100 Prompts ChatGPT untuk Bisnes Kecil
- Template Caption Auto Generated (untuk IG Bisnes)
- Visual Motivasi Harian (guna AI art + quote)
Cara Buat Portofolio Guna Contoh Projek
Nak nampak pro, kau boleh:
- Hasilkan 5–10 contoh projek (portfolio sample)
- Simpan dalam Google Drive atau Notion
- Buat video pendek “before vs after” – contoh caption sebelum & selepas guna AI
- Buat thread / post macam: “Saya bantu tulis semula resume client guna ChatGPT – ini hasilnya 🔥”

AI hanya tool – kau tetap perlu sentuhan manusia, especially untuk susun ayat, reka visual, dan faham konteks audiens.
Tapi bila digabung, hasilnya power gila – cepat, murah, dan scalable.
Ramai freelancer luar negara jana USD1000+ sebulan hanya dengan servis AI ringan. Kau pun boleh – asalkan kau explore dan mula dari sekarang.
Mana Satu Kau Nak Mula Dulu?
Lepas baca semua 15 cara tadi, aku yakin sekurang-kurangnya ada 1–2 yang kau boleh mula sekarang juga, walaupun kau rasa masih zero skill atau takde modal.
Ingat – bukan semua orang sesuai dengan semua cara. Ada yang suka tulis, ada yang suka design, ada yang suka cakap depan kamera. Yang penting, kau pilih satu, fokus, dan test jalan tu selama 30 hari.
Kalau tak menjadi, ubah pendekatan. Kalau rasa serasi, teruskan dan scale. Consistency + curiosity = kunci survival dalam dunia buat duit online.
Dan jangan takut nak mula kecil. Setiap RM1 pertama kau dari internet – walaupun kecil – adalah bukti yang kau boleh pergi jauh. Itu turning point.
Kalau kau rasa artikel ni bantu kau dapat idea & semangat nak mula, jangan lupa:
➡️ Follow aku di X (Twitter): @iamencikoren
➡️ Join Telegram Channel aku: t.me/encikorenchannel
Di situ aku selalu share tips bisnes online, peluang kerja freelance, template percuma, dan idea konten terkini.
Nak buat duit online bukan lagi angan-angan – tapi jalan realistik kalau kau ada panduan & tindakan. Dan aku ada kat sini untuk bantu kau.